Home Blog

Boleh Ke Berniaga Tanpa Modal?

0

Ramai yang mempunyai niat untuk tambah pendapatan, tetapi bila sebut tentang modal, niat pun terkubur. Ramai nak meniaga untuk cari duit lebih, tetapi bila difikirkan modal, hasrat itu pun dipendam.

Modal selalu jadi alasan untuk sesetengah orang bila ingin tambahkan pendapatan. Betul ke nak berniaga kena ada modal?

Katakanlah dia nak tambah pendapatan dia sambil bekerja, cara praktikal yang mudah adalah dengan menjual barang atau apa-apa jenis produk atau buka bisnes. Tetapi apabila sampai ke peringkat perlaksanaan ramai yang bagi alasan tiada modal. Bagi saya jika dia betul-betul nak, dia akan cari jalan.

Sebab zaman internet ini tidak semuanya perlukan modal, contohnya dengan menjadi ejen dropship bagi sesuatu produk atau boleh jadi affiliate untuk apa-apa produk dan barangan bergantung kepada minat seseorang.

Katakanlah sesorang itu mengambil keputusan untuk menjual barang. Pertama apa yang boleh dia lakukan adalah dengan bertanyakan kepada orang yang telah menjalankan model bisnes dropship berkenaan bagaimanakah untuk menjual barang dropship. Kemudian, dia boleh kaji pasaran sekitar dia dan melihat barang apakah yang mendapat sambutan.

Namun jika dia berminat dalam bidang digital dan tidak mahu terlibat dengan menjual barang, dia boleh jadi affiliate.  Dia boleh buat sedikit konten dan ceritakan sedikit berkenaan apa affiliate tersebut tawarkan.

Contoh seseorang itu minat mengumpul patung-patung miniature seperti Gundam, figura dan sebagainya. Apa yang dia boleh buat adalah pergi dekat website yang tawarkan dropship barang tersebut atau affiliate yang membolehkan dia menjual barang tersebut, kemudian daftar sebagai ejen. Atau pergi ke kedai, dapatkan harga, jual markup sikit.

Gunakan ayat-ayat pengiklanan dan copywriting yang menarik kemudian promosi di group-group peminat miniature atau figura tersebut. Kemudian promosi juga di Instagram.

Cara ini tidak perlu gunakan modal pun. Shopee dan Carousell juga tempat yang power!

Harus ingat tidak kisah jadi dropshipper atau affiliate, yang paling penting adalah test market. Cuba promosikan dekat kawan-kawan facebook. Test kebolehan meniaga sama ada menjadi dropshipper atau affiliator. Dari situ kita akan tahu adakah jalan yang kita pilih sesuai atau tidak dengan diri kita.

Ramai yang saya lihat melakukan kesilapan, apabila mereka fikirkan untuk tambah pendapatan, yang terdetik dalam benak mereka adalah dengan membuka bisnes-bisnes yang menelan modal yang banyak.

Ada yang gunakan saving RM 40k- 50k untuk buka restoran, tetapi disebabkan tidak pernah mencuba dan tidak mempunyai pengalaman. Tidak sampai beberapa bulan, bisnes pun bungkus dan kehilangan seluruh simpanan padahal niat asalnya hanya ingin menjana pendapatan RM 1k-3k sebulan sahaja. Tidakkah itu sangat berisiko?

Zaman sekarang zaman internet, modal sepatutnya tidak jadi alasan kepada kita. Tambah sikit-sikit dahulu, bila sudah dapat tune, baru cuba untuk kembangkan perniagaan anda. All the best.

 

 

Tips Hasilkan Content Untuk Orang Bisnes

0

 

Tuan Raihan dan pasangan mempunyai minat dalam inline skate, kecantikan dan filem. Jadi macam mana mahu gabungkan minat-minat tersebut.

Bagi saya, kata kunci disini ialah content creator. Konten ini tidak seharusnya terbatas dalam bentuk tulisan. Dalam bentuk video juga boleh dibuat dan salah satu jenis content ialah bercorak filem. Jadi untuk peringkat awal, apa yang boleh anda lakukan ialah ambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk produce lebih banyak konten berkenaan minat-minat anda tersebut. Macam bro Raihan dan pasangan minat inline skate dan kecantikan, jadi boleh cuba untuk buat filem pendek yang berkaitan dengan kecantikan dan inline skate.

Berapa lama kekerapan untuk letak konten di sosial media?

Bagi saya minimum ialah 1 hari 1 konten. 1 konten sebenarnya boleh disalurkan di banyak platform. Dengan 1 konten boleh dimasukkan di Website, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Bilakah kita dapat melihat hasil konten-konten yang kita hasilkan?

Biasanya paling cepat ialah 6 bulan sehingga 1 tahun kecuali ada tipping point. Maksudnya tiba-tiba ada beberapa konten jadi viral dan dapat menarik banyak followers maka lebih cepat hasilnya dapat dilihat.

Bagaimana kita nak tahu konten manakah yang sesuai untuk platform-platform yang tersedia ada?

Itu kena tunggu next episode, saya akan kongsikan jenis konten bagaimanakah yang sesuai untuk facebook, instagram, twitter dan sebagainya. Stay tuned dan teruskan melawat blog ini selalu ya.

Bagaimana Mahu Membangunkan Bisnes Event eSports

0

 

 

Baru-baru ini, tuan abam_gee (saya panggil abam gee je la ye) ada komen bertanyakan tentang minat beliau conduct event untuk gamer. Bisnes apakah yang sesuai?

Soalan ini menarik sebab kena dengan Media Company yang saya tengah run iaitu Moshed Gaming. Boleh lihat di laman sesawang ini https://moshedgaming.com/. Niche bisnes yang abam gee ingin terokai ini memang sedang mendapat permintaan ketika ini. Kalau kita lihat, esports semakin berkembang pesat di Malaysia.

Jika kita lihat banyak pasukan sukan elektronik yang mengambil bahagian dalam pertandingan E-Sport di peringkat dunia. Malah Majlis Olimpik Asia juga turut mengiktiraf gaming sebagai sebuah sukan bercorak elektronik. Pada tahun 2022, E-Sukan akan dipertandingkan pertama kali dalam Sukan Asia. Masa pilihan raya tahun ini pun terdapat calon yang memasukkan esports dalam manifesto mereka.

Saya tak dapat komen banyak sebab banyak lagi saya juga sedang explore dalam bidang ini.

Nasihat saya kepada abam gee jika ingin membangunkan syarikat yang organize event-event esports, paling bagus ialah untuk cari pengalaman terlebih dahulu dalam syarikat yang anjurkan event sebegini. Dari sana akan dapat idea yang banyak apa yang kita boleh perbaiki dan apakah loop hole yang kita boleh naikkan menjadi satu bisnes.

Bekerja dibawah syarikat yang menjalankan perkhidmatan yang menjalankan organisasi event-event esports. Belajar dari mereka bagaimana menguruskan event-event tersebut, dapatkan contact-contact orang-orang penting dan sebagainya.

Ambillah masa dalam 1-3 tahun. Lepas itu baru abam gee buka bisnes dan fokus pada niche yang abam gee ingin lakukan.

Sebenarnya tersangatlah banyak advantage kalau kita mulakan long term journey kita seorang entrepreneur dengan bekerja di bawah company yang sama macam kita nak buat nanti.

Ini kerana kita akan boleh belajar banyak perkara. Tetapi jangan pergi kerja saya, kerja dan belajar. Silap-silap satu hari nanti kita boleh partner up dengan orang yang asalnya leader kita di syarikat sebelum ini. Dan sama-sama membantu.

Its a long term goal. Cara paling baik belajar adalah dengan turun ke medan perang secara real dan rasakan sepak terajangnya.

Cara Membuat Bisnes Online Yang Santai Terutamanya Cara Pasarkan Produk Online

0

 

Tuan Denz bertanyakan mengenai idea bisnes online dan dalam masa yang sama ia juga santai.

Tuan Denz,  minat apa sahaja tidak mengapa, yang paling penting ialah bagaimana untuk communicate perkara yang anda minat dahulu.

Cara paling senang untuk komunikasi minat anda dengan orang ramai ialah dengan update di media sosial. Beritahu bahawa anda punyai kemahiran dan minat dalam perkara tersebut.

Jika tuan denz maksudkan bisnes online itu dengan menjual barang maka paling praktikal adalah anda boleh cuba untuk jadi dropshipper, reseller atau sewaktu denganya.

Caranya ialah dengan melakukan market survey. Anda boleh cuba masuk group-group facebook kemudian cari barang jualan yang dapat banyak komen.

Contoh group FB, boleh search Terbaik E Store, Bisnes Kakitangan Kerajaan, Suri Rumah Bisnes Online, Bisnes Online, group-group FB bisnes yang fokus kepada tempat contohnya Bisnes di Sungai Petani dan sebagainya. Cuba cari yang ramai members dalam tu.

Cari post barangan yang ada banyak komen. Jika barang tersebut anda rasa sesuai untuk anda jualkan maka anda sudah boleh mula dapatkannya di tempat-tempat borong yang supply barang tersebut. Contoh tempat borong adalah GM KL atau GM Klang. Jika tempat borong baju-baju pula boleh dapatkan di Kenanga.

Bagi bisnes online, kata kuncinya ialah barang tersebut mestilah barang yang hot atau memiliki permintaan tinggi.

Selepas itu anda boleh pasarkan barang tersebut di media sosial. Di facebook anda boleh create page, update konten-konten di sana. Dalam masa yang sama post di group-group facebook. Tidak lupa di Instagram, shopee dan caraosell.

Ia bukan soal minat SESUAI ATAU TAK, ia adalah soal bagaimana mengkomunikasikan minat kita kepada orang ramai.

Bagaimana Cara Memulakan Bisnes Berkaitan Mengajar atau Kelas?

0

 

 

Puan/Cik lisa ada bertanyakan saya berkenaan bagaimana menghubungkan minat mengajar beliau dengan bisnes. Puan/cik Lisa minat mengajar bahasa inggeris dan mempunyai minat dalam pendidikan awal kanak-kanak. Idea Puan/cik lisa adalah untuk mengajar di tempat beliau sambil mengenakan charge sedikit.

Bagi saya apa yang Puan/cik lisa menunjukkan beliau sudah on track kerana beliau cuba tackle audience di kawasan lokal iaitu tempat terdekat beliau.  Kalau kita bermain dalam kawasan yang lebih luas maka kita terpaksa hadapi banyak persaingan dan cabarannya lebih besar. Dalam masa yang sama kita terpaksa bakar duit untuk buat marketing agar orang ramai dapat mengenali kita. Tetapi perkara ini berbeza jika kita menumpukan pada kawasan yang lebih mikro atau lokal.

Namun tentang soal bagaimana dan berapa banyak untuk mengenakan upah itu, bagi saya puan/cik Lisa lebih tahu akan hal itu. Cuma untuk peringkat awal, saya cadangkan beliau lakukan secara percuma dahulu. Bila kita buat secara free, kita akan lebih mudah untuk mendapatkan audience dan pengikut sebab siapa yang tidak suka benda free kan?

Selepas sebulan (paling minimum) jalankan perniagaan pendidikan secara percuma, puan/cik Lisa  harus kumpul semua testimoni dan feedback dahulu. Kemudian barulah kita mula monetize daripada peserta yang mendaftar.

Point saya ialah pada peringkat awal jangan fokus untuk menjual lagi. Bila sudah dapat sambutan barulah kita fokus untuk buat duit.

Lagipun bisnes ini berdasarkan minat kita kan, jadi kita tak berapa kisah jika pada peringkat awal kita dapat buat duit ataupun tidak.

Sehinggalah sampai pada tahap untuk kita buat duit. Dan satu, pastikan duit tidak membenam minat kita.

 

 

 

 

Suka Melancong Dan Memasak? Bagaimana Mencipta Bisnes Berdasarkan Minat Tersebut?

0

Kita sekarang berada dalam era ledakan maklumat, dimana dengan adanya penggunaan internet, maklumat dapat di transfer dengan pantas. Kita dapat berhubung dengan seseorang tanpa melalui pengantara. Sangatlah rugi kalau dengan kapasiti yang ada pada zaman sekarang , kita tidak dapat membuat duit.

Baru-baru ini saya ada membuat satu kenyataan bahawa kita sebagai seorang entrepreneur harus cuba buat bisnes berdasarkan apa yang kita suka. Sebab zaman sekarang, apa yang kita suka dah boleh buat duit. Alhamdulillah, ada beberapa follower yang komen berkongsi idea dan bertanyakan tentang idea untuk buat bisnes berdasarkan minat mereka. Saya cuba untuk response dan berikan pendapat saya yang saya rekodkan di dalam Moshed Vlog episode 10.

Macam Tuan Muaz Aziz ada komen di instagram saya bahawa dia minat memasak dan melancong tetapi kekangan yang dihadapi adalah kekurangan modal.

Bagi saya, minat tuan Muaz itu dah boleh create satu bisnes. Mungkin ramai yang terfikir kalau nak buat sesuatu bisnes tentang masakan mesti kena buka restoran, meniaga tepi jalan ka atau buka foodtruck. Tetapi sebenarnya tidak, bagi saya itu idea lama dan klasik.

Kalau seseorang student atau sesiapa sahaja yang minat melancong dan memasak,bagi saya peringkat awal, tak perlu melancong ke luar negara, di dalam Malaysia sudah cukup kerana lebih jimat dan kos terhad. Awal-awal nak mula kenalah minimakan kos betul tak?

Perkara pertama yang seseorang itu harus lakukan ialah memperbanyakkan konten. Apa yang saya maksudkan, ialah seseorang itu kena selalu update konten-konten berkenaan minat dia seperti dalam kes ini ialah konten-konten melancong dan memasak. Tak kisah di manapun sama ada di blog, sosial media atau lain-lain. Distribute semua tempat.

Katakan dia minat melancong sambil mencuba masakan-masakan orang. Apa yang dia boleh buat, pertama sekali ialah update konten di sosial media terutama di Instagram dan Facebook kerana penduduk Malaysia paling ramai guna 2 sosial media ini.

Contoh di Facebook, konten-konten yang bersifat storytelling berkenaan pengalaman ke tempat orang dan pengalaman merasa masakan penduduk sekitar sangat main peranan. Instagram pula konten-konten yang bermain dengan emosi dan visual seperti gambar-gambar makanan yang enak.

Dia juga mungkin boleh buat satu segmen tentang review masakan-masakan di sana, buat perbandingan atau macam mana nak masak guna bahan-bahan tempatan. Bila dah dapat tune, dia boleh bawa konten ke tahap baru seperti pergi ke tempat-tempat orang dan meminta izin untuk memasak di sana sambil tonjolkan skill memasak.

Yang paling penting ialah dia kena tangkap gambar dan rekodkan video untuk dimasukkan dalam Instagram dan Facebook. Lama kelamaan bila semakin ramai follower barulah dia boleh start buat paid review atau buat buku berkenaan masakan ketika melancong ka.

Jadi inilah buat bisnes berdasarkan kita suka.

Berapa lamakah seseorang itu harus update konten? Stay tuned next episode, saya ada jawab berapa lamakah kita harus update konten dan beberapa kekerapan kita harus update konten.

”its not about monetizing, its about putting out contents (giving values) and gaining audience.’’ ‘

‘Peringkat awal adalah tentang bagaimana kita memperbanyakkan konten dan menghasilkan pengikut bukan untuk menjana wang.’’ – Moshed Mohamad.

Siapakah Entrepreneur Sebenar?

0

Anda mesti biasa terdengar ayat-ayat macam ni. ”Bisnes ini siapa-siapa pun boleh buat”. ”Kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat.”

Betul ke jadi entrepreneur ni mudah?

Saya ingin kongsikan kepada anda, saya mula perjalanan saya sebagai seorang ENTREPRENEUR secara serius, sebaik sahaja habis belajar pada tahun 2009. Sudah hampir 10 tahun.

Banyak hiruk pikuk dalam dunia bisnes ini telah saya lalui. Saya pernah kecapi pada puncak kejayaan dan saya juga pernah jatuh ke dalam jurang yang paling dalam. Banyak air mata dan jerit payah yang terpaksa ditumpahkan.

Saya ingin kongsi kepada anda bahawa entrepreneur ini adalah satu perjalanan yang sunyi. Entrepreneur ini bukan sahaja sunyi, ia bosan, meletihkan dan terlalu berisiko. Tak semua orang boleh jadi entrepreneur.

Entrepreneur ialah a long term game. Ia penuh dengan kerja keras, dan hustling in and out tanpa dapat mengharapkan ia dapat menyelesaikan semua masalah financial kita. Hanya orang yang mahu mendaki sahaja dapat sampai ke puncak.

Bagi saya nak nak jadi entrepreneur ini memang bukan perkara mudah. Kena mula dari bawah. Kena endure banyak pekara termasuklah segala kepedihan, keperitan, kegagalan dan cercaan orang, terpaksa kena hadapi. Yang penting ialah tidak pernah berhenti berjalan. Harus terus jalan walauapapun berlaku.

Ada 2 rahsia kenapa seseorang itu digelar entrepreneur?

Pertama, entrepreneur tidak menilai sesuatu itu dari segi kekayaan, kemewahan, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Jika mereka ada entrepreneur yang ‘claim’ bahawa entrepreneurship itu dinilai melalui kekayaan maka mereka bukan seorang entrepreneur sebenar.

Saya beritahu kepada anda, jika kita value semua itu maka kita akan cepat gagal. Bila sale tak tecapai. Kita quit. Bila kekayaan tidak dapat digapai. Kita quit. Entrepreneur adalah mereka yang punya keyakinan yang kuat dalam diri untuk terus hustle dan hustle. Mereka adalah orang yang sanggup ambil risiko dan mengubah persekitaraannya kearah lebih baik.

Kedua, entrepreneurship ini susah dan bukan untuk semua orang. Ia hanya untuk mereka yang memilik DNA entrepreneur. Macam mana seseorang itu nak tahu dia memiliki DNA entreprenerur?

Tiada cara lain dia harus lalui sendiri jalan entrepreneur ini. Dugaan dan cabaran akan membuktikan adakah dia seorang entrepreneur ataupun tidak.

Kerja keras, mendaki kemudian jatuh kemudian mendaki lagi dalam journey ini adalah dugaan yang sangat real. Jika dia memang rasa happy dan excited walaupun jatuh dalam bidang bisnes maka dia memiliki DNA seorang entrepreneur.

Ramai yang bermimpi untuk menjadi entrepreneur dan mengubah dunia. Tapi semua impian itu hanya akan jadi debu-debu berterbangan jika tidak mempunyai mindset yang jalan entrepreneur ini ada terlalu banyak dugaan dan cabaran besar.

Dan ia melibatkan emosi pada tahap tertinggi. Ramai kalah pada tahap ini.

Jadi adakah anda bersedia?

 

Kisah Hidup Seorang Entrepreneur

0

Ramai yang sebelum ini mengenali saya sebagai seseorang yang berada dalam bidang financial market disebabkan saya mengusahakan Moshed.com. Iaitu sebuah media rujukan yang dibaca segenap lapisan trader financial market.

Saya bermula dengan sendiri sebagai seorang blogger yang suka-suka untuk mengisi masa lapang. Minat itu saya ini saya kembangkan sehingga terhasil dua media company iaitu Moshed.com. dan Moshed Gaming.

Pada tahun 2018, saya ingin tarik keluar ‘the real’  saya sebagai seorang entrepreneur. Saya akan recordkan setiap perjalanan bisnes dan berkongsi kaw-kaw  kepada anda step by step, langkah demi langkah, strategi demi strategi, jatuh bangun saya sebagai seorang entrepreneur dalam membangunkan sebuah digital aset dan juga bisnes saya yang lain.

Kini website yang memaparkan Berita Ekonomi dan Pasaran Kewangan telah berusia 2-3 tahun lebih dan telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan trader. Tetapi ramai yang tidak tahu perjalanan saya sebagai seorang entrepreneur, bagaimana saya memperkembangkan Moshed.com dari sudut bisnes.

Maka saya wujudkan sebuah Blog MoshedMohammad.com sebagai medium perkongsian dan catatan perjalanan saya sebagai seorang entrepreneur.

Saya bukan sifu, masta, coach, cikgu dan segala bagai. Saya hanya seorang entrepreneur dan saya tahu ‘the journey is not easy’, but ill never surrender! . Saya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan pengalaman sebagai seorang entrepreneur yang saya ada kepada anda dalam blog ini. Saya tahu perjalanan masih panjang.

Kalaupun anda tidak membaca, saya yakin anak cucu cicit saya akan membaca kisah lagenda Moshed Mohamad sebagai seorang entrepreneur.

Pengalaman saya membangunkan Moshed.com sebagai sebuah ASSET DIGITAL dari zero

Saya bermula menceburi bidang perniagaan ini, sebaik sahaja habis grad dulu. Terus langkah kaki, gamble bisnes. Dalam hati nekad tak akan toleh belakang. Saya tekad tidak mahu bekerja pada ketika itu sebab saya memang minat berniaga terutama dalam bidang internet marketing, blogging, digital dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja jana income dari internet saya minat.

Bila saya fikir balik pada zaman saya di universiti, saya sudah cuba-cuba untuk start buat blog sebagai hobi untuk mengisi masa lapang dan cuba jana income melalui pengiklanan Google Adsense ketika itu. Pada masa itu, saya tak sangka pula blog yang saya update secara suka-suka dapat menjana $50 – $100 melalui google adsense. Dalam US Dollar tuuu!

Saya masih ingat lagi, pada masa itu nak menulis blog pun susah. Sebab bayaran yuran langgan internet streamyx pun mahal ketika tu. Rumah bujang, tak ramai nak berkongsi ada internet. Saya terpaksa pergi kerja di Cyber Cafe setiap hari untuk berjimat dan dari situlah saya boleh meneruskan hobi saya iaitu blogging.

Ramai yang mungkin ingat selepas saya grad saya terus mula dalam bidang industri digital. Sebenarnya tak. Saya bermula sebagai seorang peniaga. Banyak jenis perniagaan yang saya cuba. Tetapi macam tu lah, berniaga ini ada banyak journey dan ramai perlu faham, “setiap orang, journey dia tak sama.” Cuba macam-macam.

Dipendekkan cerita akibat struggle bisnes tersebut, ia menemui jalan buntu! Dan saya terjebak kembali ke dalam bidang blogging sambil-sambil menjadi seorang trader financial market. Penat lelah, jerih payah dah dilalui akhirnya terhasilah Moshed.com.

Moshed.com dari blog suka-suka kepada sebuah website popular dalam niche financial market.

Sekarang Moshed.com telah mencapai hampir 1 juta pageviews setiap bulan. Setiap bulan memiliki 100 ribu unique visitors. Kebanyakkan income Moshed.com datang dalam bentuk pengiklanan, sponsorship dan sebagainya. Itu saya akan dedahkan nanti.

Saya bersyukur dengan pencapaian yang ada. Untuk bangunkan sebuah blog atau website bukan mudah, apatah lagi jika niche market kita adalah kecil dan sangat targeted.

MoshedMohammad.com

MoshedMohammad.com bukan hanya perkongsian tentang motivasi, mindset dan segala bagai. Terlalu cliche. Saya nak berkongsi kepada anda sesuatu yang benar-benar ‘real’. Bagaimana saya bangunkan bisnes dari awal secara suka-suka sehinggalah ke tahap saya dapat daftarkan sebuah syarikat dan mengupah ramai pekerja.

Sekarang terlalu ramai usahawan di Malaysia yang berkongsi tentang bisnes produk-produk, bagaimana menjual dan mengatur strategi jual produk-produk dan sebagainya.

Tetapi dalam bidang digital, saya lihat masih banyak yang lompong. Tak ramai yang sudi share bagaimana membangunkan sebuah Media Company yang power.

Saya ingin kongsi segala-galanya. Dari air mata seorang entrepreneur sehinggalah kepada kisah hidup entrepreneur yang penuh dengan kerja keras dan hustling in and out tanpa dapat mengharapkan ia dapat menyelesaikan semua masalah financial kita. Tak ramai orang yang diluar sana mungkin faham apa yang sedang kita lalui. Betullah apa orang kata, Hanya seorang entrepreneur yang faham apa yang dirasai oleh seorang entrepreneur.

Saya faham apa yang anda rasai. Saya akan jadikan Blog MoshedMohammad.com ini untuk saya dokumenkan segala cerita, skill dan teknik yang anda perlukan unutk menghadapi perjalanan yang panjang ini. Saya harap lebih ramai yang dapat mengambil manfaat dan mungkin dapat menghasilkan idea yang lebih fresh untuk menempuhi perjalanan bisnes mereka yang mencabar. Stay Tuned!!

 

Must Read