Baru-baru ini, tuan abam_gee (saya panggil abam gee je la ye) ada komen bertanyakan tentang minat beliau conduct event untuk gamer. Bisnes apakah yang sesuai?

Soalan ini menarik sebab kena dengan Media Company yang saya tengah run iaitu Moshed Gaming. Boleh lihat di laman sesawang ini https://moshedgaming.com/. Niche bisnes yang abam gee ingin terokai ini memang sedang mendapat permintaan ketika ini. Kalau kita lihat, esports semakin berkembang pesat di Malaysia.

Jika kita lihat banyak pasukan sukan elektronik yang mengambil bahagian dalam pertandingan E-Sport di peringkat dunia. Malah Majlis Olimpik Asia juga turut mengiktiraf gaming sebagai sebuah sukan bercorak elektronik. Pada tahun 2022, E-Sukan akan dipertandingkan pertama kali dalam Sukan Asia. Masa pilihan raya tahun ini pun terdapat calon yang memasukkan esports dalam manifesto mereka.

Saya tak dapat komen banyak sebab banyak lagi saya juga sedang explore dalam bidang ini.

Nasihat saya kepada abam gee jika ingin membangunkan syarikat yang organize event-event esports, paling bagus ialah untuk cari pengalaman terlebih dahulu dalam syarikat yang anjurkan event sebegini. Dari sana akan dapat idea yang banyak apa yang kita boleh perbaiki dan apakah loop hole yang kita boleh naikkan menjadi satu bisnes.

Bekerja dibawah syarikat yang menjalankan perkhidmatan yang menjalankan organisasi event-event esports. Belajar dari mereka bagaimana menguruskan event-event tersebut, dapatkan contact-contact orang-orang penting dan sebagainya.

Ambillah masa dalam 1-3 tahun. Lepas itu baru abam gee buka bisnes dan fokus pada niche yang abam gee ingin lakukan.

Sebenarnya tersangatlah banyak advantage kalau kita mulakan long term journey kita seorang entrepreneur dengan bekerja di bawah company yang sama macam kita nak buat nanti.

Ini kerana kita akan boleh belajar banyak perkara. Tetapi jangan pergi kerja saya, kerja dan belajar. Silap-silap satu hari nanti kita boleh partner up dengan orang yang asalnya leader kita di syarikat sebelum ini. Dan sama-sama membantu.

Its a long term goal. Cara paling baik belajar adalah dengan turun ke medan perang secara real dan rasakan sepak terajangnya.