Baru-baru ini, tuan abam_gee (saya panggil abam gee je la ye) ada komen bertanyakan tentang minat beliau conduct event untuk gamer. Bisnes apakah yang sesuai?

Soalan ini menarik sebab kena dengan bisnes yang saya tengah buat iaitu Moshed Gaming. Boleh lihat di laman sesawang ini https://moshedgaming.com/. Niche bisnes yang abam gee ingin terokai ini memang sedang mendapat permintaan ketika ini. Kalau kita lihat, sukan elektronik semakin berkembang pesat di Malaysia.

Jika kita lihat banyak pasukan sukan elektronik yang mengambil bahagian dalam pertandingan E-Sport di peringkat dunia. Malah Majlis Olimpik Asia juga turut mengiktiraf gaming sebagai sebuah sukan bercorak elektronik. Pada tahun 2022, E-Sukan akan dipertandingkan pertama kali dalam Sukan Asia. Masa pilihan raya tahun ini pun terdapat calon yang memasukkan sukan elektronik dalam manifesto mereka.

Nasihat saya kepada abam gee jika ingin membangunkan syarikat yang organize event-event sukan elektrononik, paling bagus ialah untuk cari pengalaman terlebih dahulu. Berkuli-kuli dibawah syarikat yang menjalankan perkhidmatan yang menjalankan organisasi event-event e-sports. Belajar dari mereka bagaimana menguruskan event-event tersebut, dapatkan contact-contact orang-orang penting dan sebagainya. Ambillah masa dalam 1-3 tahun. Lepas itu baru abam gee buka bisnes dan fokus pada niche yang abam gee ingin lakukan.