Ramai yang mempunyai niat untuk tambah pendapatan, tetapi bila sebut tentang modal, niat pun terkubur. Ramai nak meniaga untuk cari duit lebih, tetapi bila difikirkan modal, hasrat itu pun dipendam.

Modal selalu jadi alasan untuk sesetengah orang bila ingin tambahkan pendapatan. Betul ke nak berniaga kena ada modal?

Katakanlah dia nak tambah pendapatan dia sambil bekerja, cara praktikal yang mudah adalah dengan menjual barang atau apa-apa jenis produk atau buka bisnes. Tetapi apabila sampai ke peringkat perlaksanaan ramai yang bagi alasan tiada modal. Bagi saya jika dia betul-betul nak, dia akan cari jalan.

Sebab zaman internet ini tidak semuanya perlukan modal, contohnya dengan menjadi ejen dropship bagi sesuatu produk atau boleh jadi affiliate untuk apa-apa produk dan barangan bergantung kepada minat seseorang.

Katakanlah sesorang itu mengambil keputusan untuk menjual barang. Pertama apa yang boleh dia lakukan adalah dengan bertanyakan kepada orang yang telah menjalankan model bisnes dropship berkenaan bagaimanakah untuk menjual barang dropship. Kemudian, dia boleh kaji pasaran sekitar dia dan melihat barang apakah yang mendapat sambutan.

Namun jika dia berminat dalam bidang digital dan tidak mahu terlibat dengan menjual barang, dia boleh jadi affiliate.  Dia boleh buat sedikit konten dan ceritakan sedikit berkenaan apa affiliate tersebut tawarkan.

Contoh seseorang itu minat mengumpul patung-patung miniature seperti Gundam, figura dan sebagainya. Apa yang dia boleh buat adalah pergi dekat website yang tawarkan dropship barang tersebut atau affiliate yang membolehkan dia menjual barang tersebut, kemudian daftar sebagai ejen. Atau pergi ke kedai, dapatkan harga, jual markup sikit.

Gunakan ayat-ayat pengiklanan dan copywriting yang menarik kemudian promosi di group-group peminat miniature atau figura tersebut. Kemudian promosi juga di Instagram.

Cara ini tidak perlu gunakan modal pun. Shopee dan Carousell juga tempat yang power!

Harus ingat tidak kisah jadi dropshipper atau affiliate, yang paling penting adalah test market. Cuba promosikan dekat kawan-kawan facebook. Test kebolehan meniaga sama ada menjadi dropshipper atau affiliator. Dari situ kita akan tahu adakah jalan yang kita pilih sesuai atau tidak dengan diri kita.

Ramai yang saya lihat melakukan kesilapan, apabila mereka fikirkan untuk tambah pendapatan, yang terdetik dalam benak mereka adalah dengan membuka bisnes-bisnes yang menelan modal yang banyak.

Ada yang gunakan saving RM 40k- 50k untuk buka restoran, tetapi disebabkan tidak pernah mencuba dan tidak mempunyai pengalaman. Tidak sampai beberapa bulan, bisnes pun bungkus dan kehilangan seluruh simpanan padahal niat asalnya hanya ingin menjana pendapatan RM 1k-3k sebulan sahaja. Tidakkah itu sangat berisiko?

Zaman sekarang zaman internet, modal sepatutnya tidak jadi alasan kepada kita. Tambah sikit-sikit dahulu, bila sudah dapat tune, baru cuba untuk kembangkan perniagaan anda. All the best.