Tuan Denz bertanyakan mengenai idea bisnes online dan dalam masa yang sama ia juga santai.

Tuan Denz,  minat apa sahaja tidak mengapa, yang paling penting ialah bagaimana untuk communicate perkara yang anda minat dahulu.

Cara paling senang untuk komunikasi minat anda dengan orang ramai ialah dengan update di media sosial. Beritahu bahawa anda punyai kemahiran dan minat dalam perkara tersebut.

Jika tuan denz maksudkan bisnes online itu dengan menjual barang maka paling praktikal adalah anda boleh cuba untuk jadi dropshipper, reseller atau sewaktu denganya.

Caranya ialah dengan melakukan market surver. Anda boleh cuba masuk group-group facebook kemudian cari barang jualan yang dapat banyak komen. Jika barang tersebut anda rasa sesuai untuk anda jualkan maka anda sudah boleh mula dapatkannya di tempat-tempat borong yang supply barang tersebut.

Bagi bisnes online tanpa gunakan modal, kata kuncinya ialah barang tersebut mestilah barang yang hot atau memiliki permintaan tinggi.

Selepas itu anda boleh pasarkan barang tersebut di media sosial. Di facebook anda boleh create page, update konten-konten di sana. Dalam masa yang sama post di group-group facebook. Tidak lupa di Instagram dan carousell.

Ia bukan soal minat, ia adalah soal bagaimana mengkomunikasikan minat kita kepada orang ramai.