Ramai yang sebelum ini mengenali saya sebagai seseorang yang berada dalam bidang financial market disebabkan saya mengusahakan Moshed.com. Iaitu sebuah media rujukan yang dibaca segenap lapisan trader financial market.

Saya bermula dengan sendiri sebagai seorang blogger yang suka-suka untuk mengisi masa lapang. Minat itu saya ini saya kembangkan sehingga terhasil dua media company iaitu Moshed.com. dan Moshed Gaming.

Pada tahun 2018, saya ingin tarik keluar ‘the real’  saya sebagai seorang entrepreneur. Saya akan recordkan setiap perjalanan bisnes dan berkongsi kaw-kaw  kepada anda step by step, langkah demi langkah, strategi demi strategi, jatuh bangun saya sebagai seorang entrepreneur dalam membangunkan sebuah digital aset dan juga bisnes saya yang lain.

Kini website yang memaparkan Berita Ekonomi dan Pasaran Kewangan telah berusia 2-3 tahun lebih dan telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan trader. Tetapi ramai yang tidak tahu perjalanan saya sebagai seorang entrepreneur, bagaimana saya memperkembangkan Moshed.com dari sudut bisnes.

Maka saya wujudkan sebuah Blog MoshedMohammad.com sebagai medium perkongsian dan catatan perjalanan saya sebagai seorang entrepreneur.

Saya bukan sifu, masta, coach, cikgu dan segala bagai. Saya hanya seorang entrepreneur dan saya tahu ‘the journey is not easy’, but ill never surrender! . Saya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan pengalaman sebagai seorang entrepreneur yang saya ada kepada anda dalam blog ini. Saya tahu perjalanan masih panjang.

Kalaupun anda tidak membaca, saya yakin anak cucu cicit saya akan membaca kisah lagenda Moshed Mohamad sebagai seorang entrepreneur.

Pengalaman saya membangunkan Moshed.com sebagai sebuah ASSET DIGITAL dari zero

Saya bermula menceburi bidang perniagaan ini, sebaik sahaja habis grad dulu. Terus langkah kaki, gamble bisnes. Dalam hati nekad tak akan toleh belakang. Saya tekad tidak mahu bekerja pada ketika itu sebab saya memang minat berniaga terutama dalam bidang internet marketing, blogging, digital dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja jana income dari internet saya minat.

Bila saya fikir balik pada zaman saya di universiti, saya sudah cuba-cuba untuk start buat blog sebagai hobi untuk mengisi masa lapang dan cuba jana income melalui pengiklanan Google Adsense ketika itu. Pada masa itu, saya tak sangka pula blog yang saya update secara suka-suka dapat menjana $50 – $100 melalui google adsense. Dalam US Dollar tuuu!

Saya masih ingat lagi, pada masa itu nak menulis blog pun susah. Sebab bayaran yuran langgan internet streamyx pun mahal ketika tu. Rumah bujang, tak ramai nak berkongsi ada internet. Saya terpaksa pergi kerja di Cyber Cafe setiap hari untuk berjimat dan dari situlah saya boleh meneruskan hobi saya iaitu blogging.

Ramai yang mungkin ingat selepas saya grad saya terus mula dalam bidang industri digital. Sebenarnya tak. Saya bermula sebagai seorang peniaga. Banyak jenis perniagaan yang saya cuba. Tetapi macam tu lah, berniaga ini ada banyak journey dan ramai perlu faham, “setiap orang, journey dia tak sama.” Cuba macam-macam.

Dipendekkan cerita akibat struggle bisnes tersebut, ia menemui jalan buntu! Dan saya terjebak kembali ke dalam bidang blogging sambil-sambil menjadi seorang trader financial market. Penat lelah, jerih payah dah dilalui akhirnya terhasilah Moshed.com.

Moshed.com dari blog suka-suka kepada sebuah website popular dalam niche financial market.

Sekarang Moshed.com telah mencapai hampir 1 juta pageviews setiap bulan. Setiap bulan memiliki 100 ribu unique visitors. Kebanyakkan income Moshed.com datang dalam bentuk pengiklanan, sponsorship dan sebagainya. Itu saya akan dedahkan nanti.

Saya bersyukur dengan pencapaian yang ada. Untuk bangunkan sebuah blog atau website bukan mudah, apatah lagi jika niche market kita adalah kecil dan sangat targeted.

MoshedMohammad.com

MoshedMohammad.com bukan hanya perkongsian tentang motivasi, mindset dan segala bagai. Terlalu cliche. Saya nak berkongsi kepada anda sesuatu yang benar-benar ‘real’. Bagaimana saya bangunkan bisnes dari awal secara suka-suka sehinggalah ke tahap saya dapat daftarkan sebuah syarikat dan mengupah ramai pekerja.

Sekarang terlalu ramai usahawan di Malaysia yang berkongsi tentang bisnes produk-produk, bagaimana menjual dan mengatur strategi jual produk-produk dan sebagainya.

Tetapi dalam bidang digital, saya lihat masih banyak yang lompong. Tak ramai yang sudi share bagaimana membangunkan sebuah Media Company yang power.

Saya ingin kongsi segala-galanya. Dari air mata seorang entrepreneur sehinggalah kepada kisah hidup entrepreneur yang penuh dengan kerja keras dan hustling in and out tanpa dapat mengharapkan ia dapat menyelesaikan semua masalah financial kita. Tak ramai orang yang diluar sana mungkin faham apa yang sedang kita lalui. Betullah apa orang kata, Hanya seorang entrepreneur yang faham apa yang dirasai oleh seorang entrepreneur.

Saya faham apa yang anda rasai. Saya akan jadikan Blog MoshedMohammad.com ini untuk saya dokumenkan segala cerita, skill dan teknik yang anda perlukan unutk menghadapi perjalanan yang panjang ini. Saya harap lebih ramai yang dapat mengambil manfaat dan mungkin dapat menghasilkan idea yang lebih fresh untuk menempuhi perjalanan bisnes mereka yang mencabar. Stay Tuned!!