Anda mesti biasa terdengar ayat-ayat macam ni. ”Bisnes ini siapa-siapa pun boleh buat”. ”Kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat.”

Betul ke jadi entrepreneur ni mudah?

Saya ingin kongsikan kepada anda, saya mula perjalanan saya sebagai seorang ENTREPRENEUR secara serius, sebaik sahaja habis belajar pada tahun 2009. Sudah hampir 10 tahun.

Banyak hiruk pikuk dalam dunia bisnes ini telah saya lalui. Saya pernah kecapi pada puncak kejayaan dan saya juga pernah jatuh ke dalam jurang yang paling dalam. Banyak air mata dan jerit payah yang terpaksa ditumpahkan.

Saya ingin kongsi kepada anda bahawa entrepreneur ini adalah satu perjalanan yang sunyi. Entrepreneur ini bukan sahaja sunyi, ia bosan, meletihkan dan terlalu berisiko. Tak semua orang boleh jadi entrepreneur.

Entrepreneur ialah a long term game. Ia penuh dengan kerja keras, dan hustling in and out tanpa dapat mengharapkan ia dapat menyelesaikan semua masalah financial kita. Hanya orang yang mahu mendaki sahaja dapat sampai ke puncak.

Bagi saya nak nak jadi entrepreneur ini memang bukan perkara mudah. Kena mula dari bawah. Kena endure banyak pekara termasuklah segala kepedihan, keperitan, kegagalan dan cercaan orang, terpaksa kena hadapi. Yang penting ialah tidak pernah berhenti berjalan. Harus terus jalan walauapapun berlaku.

Ada 2 rahsia kenapa seseorang itu digelar entrepreneur?

Pertama, entrepreneur tidak menilai sesuatu itu dari segi kekayaan, kemewahan, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Jika mereka ada entrepreneur yang ‘claim’ bahawa entrepreneurship itu dinilai melalui kekayaan maka mereka bukan seorang entrepreneur sebenar.

Saya beritahu kepada anda, jika kita value semua itu maka kita akan cepat gagal. Bila sale tak tecapai. Kita quit. Bila kekayaan tidak dapat digapai. Kita quit. Entrepreneur adalah mereka yang punya keyakinan yang kuat dalam diri untuk terus hutsle dan hutsle. Mereka adalah orang yang sanggup ambil risiko dan mengubah persekitaraannya kearah lebih baik.

Kedua, entrepreneurship ini susah dan bukan untuk semua orang. Ia hanya untuk mereka yang memilik DNA entrepreneur. Macam mana seseorang itu nak tahu dia memiliki DNA entreprenerur?

Tiada cara lain dia harus bekerja keras, mendaki kemudian jatuh kemudian mendaki lagi dalam journey ini. Jika dia memang rasa bahagia walaupun jatuh maka dia ada DNA seorang entrepreneur.

Ramai yang bermimpi untuk menjadi entrepreneur dan mengubah dunia. Tapi semua impian itu hanya akan jadi debu-debu berterbangan jika dia tidak terus bekerja dan berusaha.